-->
skip to main | skip to sidebar

.:Cerita Si Gegurl Aiesha:.

PenerBit Blog

PenerBit Blog

About Me

My photo
gedikz sempoi
enjoy k..
View my complete profile

Muka Buku

Aiesha Sha

Create Your Badge

jom chat !

Blog Archive

  • ►  2012 (11)
    • ►  May (4)
    • ►  April (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (28)
    • ►  November (3)
    • ▼  October (5)
      • mr SayangKuh kaki DOTA~~
      • si blogger
      • Sekarang rajin betul melayan akak aq berjoging, bu...
      • real steel
      • kaTa kan Tak NaK!!!!!
    • ►  September (6)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)

Followers

Grab A Button

Free Calendar & Clock

layan ..!!

Yuna - Super Something


Sunday, October 30, 2011

mr SayangKuh kaki DOTA~~

Apa itu dota??
Seronok ke??


Tapi apa yang seronok nye??
Nak tahu..



Kata mereka :

"DOTA tu game la"

"DOTA tu game lawan2"


"DOTA tu game strategi. Sekali main macam gam UHU nak lepaskan"


"DOTA tu game DUNIA ORANG TAKDA AWEK"





macam mane nak main dota ni??
ajar la aq..
apa yang membuatkan mereka syok ek.

kalo mr sayang main game ni dulu mesti call susah nak jawab
tapi sekarang aq call pun da boleh jawap call..
hehe..

aq la jadi peneman setia die main game..
die kat sebelah main game dengan kawan die, yang aq dok on9 fesbuk..
itu je la keje kalo ikut die main game..


khusyuk kan mereka main dota

mr sayang kuh kaki dota
sape boleh ajar aq main dota??
nanti aq belanja main dota sehari..
hahaha
Posted by gedikz sempoi at 10:13 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

si blogger


kepada blogger semua, beginilah kehidupan seorang blogger yang agak tegar..rutin harian yang sama setiap hari..bangun pagi dah update blog..sampai kan nak tido pun masih dengan blog.. nak tahu lebih lagi tengok la gambar ni.. tak kan kot..hahaha.. 

p/s : agak-agak ade tak ye blogger macam ni? hehehe..
agak2 kaorang macam ni tak?? dah tak thu nak cerita apa da..tunggu la ye cerita2 akan datang. bulan kepenatan dan tiada idea nak ceritakan sesuatu.huhu.. tapi saya sentiase menjadi pembaca blog kamu semua..hihi..
Posted by gedikz sempoi at 9:01 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, October 20, 2011

Sekarang rajin betul melayan akak aq berjoging, bukan apa saja je nak buang lemak-lemak yang dah bertimbun kat badan aq ni tak salah kalo nak membakarnya. Bak kata Mr Sayang, dah boncit ko yunk. hahaha.. Tu yang nak kurangkan boncit ini.. Macam2 tempat aq pergi dengan akak aq mula2 kiteorg g bukit indah je, tapi tak berjoging pun melayan dak awisy je jalan2, baru2 ni kteowg g mutiara rini pulak..

Hari minggu yang melucukan bagi aq dan kakak kesayangan aq, tak tahu pula taman mutiara rini da jadi perhatian ramai. Kakak aq berkata, ish kenape orang ramai sangat ni ai?? hahaha.. aq pun first time sampai kat sana mana la tahu apa2 pun. Niat dihati nak berjoging kononnya, memandangkan di waktu petang yang hampir magrib dan kereta digunakan dalam masa terhad ramai coz abang ipar aq pulak keje malam. Hampir setengah jam juga mencari parking, kecian akak aq berpeluh mencari parking.

mencari parking

Nak joging tak kesampaian jalan2 je la aq dengan muka yang serabai yang teramat. hehehe.. Macam-macam ada rupanya kat sana, kata nasir ( adik ) kat sana tak ada orang sangat maybe orang ramai dah tahu kot. Tempatnye pun besar memang cantik sangat2. Memang sesuai kalau mereka yang suka photoshot. Nasib baik bawak kamera dapat juga ambik gambar,, hehe.. nak tengok tak ??


jual makanan pun ada


rase macam kat festival layang2 plak..hehehe

ada tasik..cantik taw..

awisy tak nak balik..hahaha
Kasut kemana joging ke mana.. serabut kan muka aq masa ini,. hahaha.. Next time ajak Mr Sayang pulak la. Mr Sayangkuh, t Kite date sambil bawak kanak-kanak riang berjalan ye yunk. hehe..


Posted by gedikz sempoi at 7:48 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, October 16, 2011

real steel


Akhirnye!!! Cerita yg dinantikan da keluar.!! Memang Best sangat2, tak rugi duit aq belanje adik aq yang kepenatan baru balik..hehehe.. Bagi aq cerita ini memang terbaek tahun ini antara banyak2 cerita yang aq tengok lah. sampai adik aq ajak lagi besok nye tengok cerita ini, kecian die malam tu kepentan tu yang ajak sekali lagi tu.. Insyallah next week layan la die sekejap. Mr sayang kuh kamu teman saye ye yunk..             ( memang kena bawak awak pun kot. huhu)
amik gmbar dlu..:)

jom tengok sinopsis cerita ni..


Filem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri.
Minat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah.
Max tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata.

TAMAT..

pergi tengok ye..:)

Posted by gedikz sempoi at 5:45 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, October 15, 2011

kaTa kan Tak NaK!!!!!

ditujukan khususnye kpd mr syg kuh 2 dan kawan2 yg mrokok..
baca ye.. artikel ini diambil untuk pengetahuan umum bagi mereka yang merokok.. 

Usah Lagi Membazirkan Wang dan Membahayakan Kesihatan Anda Dengan Menjadi Perokok!

Ketahui Bagaimana Anda Boleh Berhenti Merokok Untuk Selama-lamanya Dalam Masa 3 Minggu Tanpa Perlu Mengambil Sebarang Ubat atau Herba atau sebarang makanan pelik!


Salam hormat buat sahabatku..
Saya pasti! Suatu masa dahulu.. anda bukanlah seorang perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun sudah termengah-mengah.
Tidak perlulah saya menceritakan lebih banyak lagi akan keburukan merokok, saya pasti anda pun sudah sedia maklum, malah, anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap hari anda membaca notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah begitu faham dan tahu mengenainya.
Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda menghisap asap pahit itu, saya pasti, ada sekelumit niat serta keinginan di dalam diri anda untuk berhenti merokok.
Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya".


Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku...
Apabila Nafas Anda Berhenti (MATI)!


Jika anda tidak berusaha untuk berhenti daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Usah lah berputus asa... untuk berhenti merokok!, ada caranya. Ianya seperti berperang, anda mesti ada strategi! Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah anda masih lagi menghisap batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini.

Dulu... Saya Juga Seperti Anda..


Saya mula menghisap rokok ketika dibangku sekolah. Semuanya kerana terikut-ikut atas pengaruh rakan. Pertama kali saya menghisap rokok, saya batuk terbahak-bahak dan terasa ingin muntah. Pada waktu itu, saya tidak sedar, itu sebenarnya adalah merupakan petunjuk bahawa tubuh saya terkejut dengan racun yang saya sendiri alurkan.
Hisap RokokPada waktu itu saya menghisap rokok hanyalah sekadar suka-suka. Saya mula menjadi perokok tegar selepas melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej matrikulasi. Berpuluh-puluh ringgit saya habiskan setiap bulan untuk membeli kotak rokok. Perkara ini berterusan sehinggalah saya tamat belajar di IPTA dan memasuki alam pekerjaan.
Jika dikira-kira, berpuluh ribu wang saya telah dihabiskan hanya untuk membeli rokok. Sememangnya sesuatu yang amat sadis dan merugikan.
Sampailah di suatu ketika, apabila saya bertemu dengan seorang rakan saya yang telahpun berjaya berhenti merokok. Dari situ, timbul perasaan cemburu dan teruja dalam diri saya untuk turut sama berhenti merokok. Saya sungguh berasa tercabar untuk turut membuktikan yang saya juga boleh berhenti merokok
Setelah berusaha beberapa minggu, saya berjaya berhenti merokok, namun.. selepas beberapa hari, saya ‘on’ balik. Kadang-kadang, saya terfikir seperti mahu berputus asa.. tetapi mengenangkan "Jika orang lain boleh buat! kenapa aku tidak boleh buat?" . Saya kuatkan semangat dan tekad untuk berhenti merokok...
Alhamdulilah, berkat usaha melalui tunjuk ajar rakan-rakan, sokongan keluarga dan juga dari hasil pembacaan, saya akhirnya menjumpai penawarnya...

Cara Yang Sebenar-sebenarnya Bagaimana Untuk Berhenti Merokok..


Ya! saya telah menjumpai cara yang sebenar-benarnya untuk berhenti merokok. Saya kini sudah tidak lagi merokok! Saya berjaya berhenti merokok TANPA PERLU mengambil apa-apa ubat, mahupun gula-gula getah semata-mata untuk mengantikan ketagihan merokok.
Pada pengalaman saya, kaedah sebegitu sebenarnya kurang berkesan. Ianya hanya akan membuatkan anda bergantung pula kepada bahan-bahan tersebut. Silap haribulan, kos untuk membeli penawar itu lebih tinggi dari kos merokok. Akibatnya, lambat-laun, anda akan kembali merokok semula.

Hidup Saya Kini Lebih Bermakna!


Benar sahabatku, setelah berjaya berhenti merokok, saya dapat merasakan perbezaan yang amat ketara dalam hidup saya. Saya rasa, hidup saya lebih bermakna dan lebih menggembirakan.
Saya kini sudah boleh merasai akan rasa sebenar setiap makanan yang saya nikmati. Berbanding dulu, makanan yang dimakan tidak dapat saya rasai akan kemanisan dan kesegarannya yang sebenar. Rasa payau pada lidah menenggelamkan nikmat sebenar rasa makanan yang dimakan.
Kehidupan saya juga rasa lebih bertenaga. Setiap kali bangun tidur, saya rasa lebih segar. Si isteri? Jangan ceritalah.. dia pun lebih gembira kerana tiada lagi nafas busuk yang berbau rokok setiap kali bangun tidur.
Wang? Jika dulu agak sukar untuk saya menyimpan wang, kini, alhamdulilah, sedikit demi sedikit saya dapat menyimpan wang dan sekaligus menjadikan kedudukan kewangan saya lebih baik.
Rakan-rakan? Percaya atau tidak, selepas saya berhenti merokok, satu demi satu rakan saya juga turut berhenti merokok, semuanya menggunakan teknik yang sama seperti mana yang saya gunakan.
HIDUP ini menjadi lebih INDAH!

Jom! Mari Kita Berhenti Merokok!


Marilah! marilah kita bersama-sama memBEBASkan diri daripada menjadi "Hamba Rokok" untuk selama-lamanya... bukan untuk 3 hari, seminggu atau sebulan... tapi untuk selama-lamanya...
Untuk tujuan itu, saya telah pun membukukan "Cara-cara Bagaimana Saya Berhenti Merokok!". Saya harap, ianya dapat membantu anda di dalam usaha untuk berhenti merokok! Jika saya mampu lakukannya.. saya yakin, anda juga mampu untuk melakukannya?
Inilah dia ebook yang telah saya tulis untuk membantu anda membebaskan diri jadi menjadi perokok tegar. Di dalam ebook ini, saya kongsikan cara-cara mudah untuk berhenti merokok. Selain itu, antara isi kandungan yang turut terdapat dalam ebook ini ialah:-
Ebook Jom Berhenti Merokok
  • 2 Perkara Utama yang membuatkan anda terus merokok.Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.
  • 5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok.Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha
  • 4 Kelebihan Utama Bberhenti Merokok. Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!
  • Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok. Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.
  • Tempoh Pantang Merokok. Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.
  • Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok. Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.
  • Rokok Terakhir . Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.
  • Amaran Terakhir. Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.
  • Saat Kebenaran . Kebebasan dan ketenangan hidup kini adalah milik anda. Bergembiralah!
Posted by gedikz sempoi at 4:57 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

mR & mS Sha_YuL

mR & mS Sha_YuL

tips

Pembuka Kata

Salam,

Blog ini direka hanya diri sha sendiri.
Tiada kena mengena antara hidup mahupun yang tiada.
Maaf sekiranya bosan membaca, sha tak reti sangat nak bercerita saya suka2..


mR LinggOo

mR LinggOo
love u dear

love u all

love u all

my budak ucuk

my budak ucuk

my twin :)

my twin :)

rindu korang !!

rindu korang !!

cousin

cousin
Blog Design by Freyja Silver | Digi-Scrap by Jamie Dell Scraps